Kandungan Notis Bulanan Persatuan Astronomi Diraja

Notis Bulanan Persatuan Astronomi Diraja menerbitkan rencana-rencana tinjauan semula setara bagi penyelidikan asli dalam bidang ilmu falak dan astrofizik. Dua jenis rencana yang dibawakan oleh MNRAS ialah:

  • Kertas – halaman kandungannya boleh terdiri daripada sebarang panjang
  • Surat – diterbitkan dengan lebih cepat tetapi terhad kepada lima halaman.

Kawalan editorial jurnal dijalankan oleh RAS melalui lembaga editorial yang terdiri daripada golongan ahli astronomi profesional; setakat Julai 2012, ketua penyuntingnya ialah David Flower dari Universiti Durham.[4]